Selamat datang ke blog Smk Bakti, Tasek Gelugor
Posted by smkbakti on December 17, 2008
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pada hari ini Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti, Tasek gelugor akan mempunyai blog sendiri. Diharapkan ruangan ini dapat memberikan ruang kepada para pelajar, guru, ibu bapa dan juga masyarakat untuk bertukar-tukar fikiran serta memberikan buah fikiran bagi membangunkan lagi sahsiah dan kualiti pemikiran dalam kalangan kita demi pembentukan masyarakat yang bertamadun.
Wassalam.
GOTONG ROYONG PERDANA
Sempena permulaan sesi persekolahan yang akan tiba kira-kira dua minggu lagi, satu Program Gotong-royong Perdana akan dianjurkan di sekolah kita. Program ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 3 Januari 2009
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat Berkumpul: Dataran Perhimpunan Sekolah
Semua guru dan pelajar digalakkan hadir. Jamuan makan perdana akan disediakan. Maklumat lanjut sila hubungi Cikgu …. no. hp: 019-12345678
Para ibubapa juga sangat dialu-alukan untuk hadir demi memperbaiki atmosfera pembelajaran anak-anak.